PENCERAMAH AGELESS HAVEN RESOURCES

 

LILINATY adalah nama yang tidak asing lagi dalam dunia Grooming (Ketrampilan) Diri, Personal Branding (Penjenamaan Peribadi), Penjenamaan Produk dan banyak lagi.

Beliau berpengalaman luas bukan sahaja dalam mengadakan  kelas grooming secara peribadi malahan beliau juga turut dijemput untuk mengadakan kelas grooming di syarikat-syarikat swasta seperti Celcom, Malaysia Airlines, Fireflyz, RHB Bank. Ramada Hotel, MITC Hotel, Mahkota Medical Centre dan banyak lagi. 

Selain itu, agensi kerajaan seperti MBMB, Melaka River Cruise, Permodalan Nasional Berhad (PNS), KPDNHEP, Majlis Perbandaran Jasin dan banyak lagi agensi kerajaan lain turut tidak ketinggalan mendapatkan khidmat beliau.

Beliau menceburkan diri dalam bidang kecantikan bermula pada tahun 1994, di mana beliau merupakan District Manager di Avon Cosmetics (M) Sdn Bhd, seterusnya di lantik sebagai Beauty  Manager di Versace (M) Sdn Bhd serta Public Relation cum Training Manager di Hong Kong Sasa (M) Sdn Bhd.

Beliau merupakan pemegang Ijazah dalam bidang Aromatherapy Facial Work Course, Diploma Hair & Bridal make up, Advanced Diploma In Professional make up Artist dan Advanced Diploma in Beauty Aesthetician.

Naty sangat mencintai bidang kecantikan, ketrampilan dan penjenamaan diri, justeru beliau sentiasa berusaha untuk menyampaikan apa yang beliau pelajari kepada lebih ramai orang.


HIDAYAH HUSIN telah berkecimpung dalam dunia perniagaan sejak tahun 2014 dan mahir dalam bidang pemasaran secara online dan offline.

Sebelum menceburkan diri dalam bidang perniagaan, beliau menimba pengalaman di Bahagian Promosi Pelancongan, Jabatan Ketua Menteri Melaka dan juga Melaka Taming Sari Berhad.

Setelah 6 tahun dalam bidang pemasaran dan jualan, Pemegang Diploma dalam bidang Kejuruteraan Elektrik ini sedar akan keperluan membina imej peribadi dan imej korporat dalam membantu meningkatkan jualan.

Justeru, beliau berganding bahu bersama Pn LILINATTY untuk membantu lebih banyak usahawan untuk membina imej peribadi para usahawan dalam membantu meningkatkan lagi branding yang ingin dicipta.

Selain itu, beliau juga komited dalam membantu Pn Naty untuk menyampaikan apa yang beliau pelajari kepada lebih ramai orang.





Comments

Popular posts from this blog

KURSUS ADVANCE CORPORATE GROOMING, DINING ETIQUETTE & PROTOCOLS FOR SUCCESS TAHUN 2020

CORPORATE IMAGE GROOMING - KPDNHEP MELAKA SIRI 1