Posts

Showing posts from December, 2020

CORPORATE IMAGE GROOMING - KPDNHEP MELAKA SIRI 1

Image
 KURSUS CORPORATE IMAGE GROOMING SIRI 1 bagi pegawai-pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Melaka (KPDNHEP) telah di adakan pada 23 - 26 Jun 2020 bertempat di Wisma Negeri Ayer Keroh Melaka. Kursus ini direka khas bersesuaian dengan imej Penguatkuasa KPDNHEP dari Gred N19 sehingga Gred KP52. Seramai 100 orang pegawai dan penguatkuasa telah menghadiri kursus ini. Kursus ini bertujuan:- Membentuk imej Penguatkuasa yang lebih berkarisma kerana mereka membawa imej korporat KPDNHEP. Mengenalpasti imej peribadi dan imej korporat seseorang kerana kesilapan dalam membawa imej, boleh menjejaskan reputasi pegawai dan juga agensi. Mengenalpasti tona warna yang sesuai dan tidak sesuai untuk meningkatkan lagi aura pegawai. Teknik ringkas makeup ke pejabat untuk menonjolkan keperibadian diri seseorang. Asas penjagaan dan kebersihan diri. Etika asas ketika berhadapan dengan rakan sekerja, orang awam dan sebagainya. Apa yang lebih menarik, kursus ini bukan hany...

BENGKEL CORPORATE IMAGE : MILLION DOLLAR LOOKS

Image
BENGKEL CORPORATE IMAGE GROOMING: MILLION DOLLAR LOOKS anjuran AGELESS HAVEN REOURCES dengan kerjasama DEWANITA, DEWAN PERNIAGAAN MELAYU MALAYSIA NEGERI MELAKA (DPMMNM) telah berjaya dianjurkan pada 6 September 2020 di MITC Hotel, Melaka. Bengkel ini merupakan bengkel asas kepada Personal Image (Imej Peribadi) bertujuan memberi pendedahan kepada para usahawan wanita kepentingan menjaga imej dan ketrampilan semasa berhadapan dengan pelanggan. Menariknya kelas anjuran Ageless Haven Resources ini bukan hanya dijalankan secara teori, malahan secara praktikal. Justeru, peserta dapat merasai sendiri pengalaman mengenai postur badan, teknik perbualan dan etika semasa berurusan. Bengkel selama 4 jam telah dihadiri oleh 30 orang usahawan dari pelbagai sektor sepertti usahawan dalam bidang farmasi, spa, pembuatan, kontraktor dan banyak lagi. Rata-rata peserta berharap agar Kursus Lanjutan bagi bengkel Corporate Image ini dapat dilaksanakan pada masa akan datang. Majlis Perasmian Penutup Bengkel ...

PELANGGAN KAMI

Image

PENCERAMAH AGELESS HAVEN RESOURCES

Image
  LILINATY adalah nama yang tidak asing lagi dalam dunia Grooming (Ketrampilan) Diri, Personal Branding (Penjenamaan Peribadi), Penjenamaan Produk dan banyak lagi. Beliau berpengalaman luas bukan sahaja dalam mengadakan  kelas grooming secara peribadi malahan beliau juga turut dijemput untuk mengadakan kelas grooming di syarikat-syarikat swasta seperti Celcom, Malaysia Airlines, Fireflyz, RHB Bank. Ramada Hotel, MITC Hotel, Mahkota Medical Centre dan banyak lagi.  Selain itu, agensi kerajaan seperti MBMB, Melaka River Cruise, Permodalan Nasional Berhad (PNS), KPDNHEP, Majlis Perbandaran Jasin dan banyak lagi agensi kerajaan lain turut tidak ketinggalan mendapatkan khidmat beliau. Beliau menceburkan diri dalam bidang kecantikan bermula pada tahun 1994, di mana beliau merupakan District Manager di Avon Cosmetics (M) Sdn Bhd, seterusnya di lantik sebagai Beauty  Manager di Versace (M) Sdn Bhd serta Public Relation cum Training Manager di Hong Kong Sasa (M) Sdn Bhd. Beli...

MAKLUMAT AGELESS HAVEN RESOURCES

Image
NAMA SYARIKAT : AGELESS HAVEN RESOURCES NO PENDAFTARAN SYARIKAT: SA0084863-X SIJIL KEWANGAN: K10123128272583227 TARIKH PENUBUHAN : 30 APRIL 2008 ALAMAT SYARIKAT: 12 Jalan Limau Bali 4/4 E, Shah Alam 40000 Selangor CAWANGAN: 5225, Jalan Datuk Palembang, 75150 Bukit Baru, Melaka JENIS PERNIAGAAN: IMAGE CONSULTANT, TRADING OF BEAUTY PRODUCTS

KETRAMPILAN DIRI DAN BRANDING DIRI.

Image
Pandangan pertama sangat penting dalam membina  imej korporat dan professional. Ketrampilan diri dan personality yang menarik merupakan asset bernilai kepada seseorang. Ketrampilan diri bukan sahaja merujuk kepada cara berpakaian, rupa paras atau keadaan fizikal, malahan mengandungi kualiti dan ciri-ciri individu yang menggambarkan kompetensi dan karakternya. Ketrampilan diri juga merupakan tanda aras ketika berurusan dengan lain seperti rakan sekerja, penyelia, pengurus, kakitangan mahupun pelanggan. Reputasi dan karisma diri akan meningkat dan berkembang apabila mempunyai personality yang professional dari segi penampilan, etika dan komunikasi. Justeru, sebagai penyedia latihan bagi modul Ketrampilan Diri, Pengurusan Khidmat Pelanggan, Etika Sosial dan lain-lain kursus berkaitan semenjak tahun 2004, Ageless Haven Resources ingin menawarkan kepakaran kami dalam usaha membantu meningkatkan lagi imej usahawan-usahawan Bumiputera. Kursus ini akan dijalankan s...