KETRAMPILAN DIRI DAN BRANDING DIRI.
Pandangan pertama sangat penting dalam membina imej korporat dan professional.
Ketrampilan diri dan personality yang menarik merupakan asset bernilai kepada seseorang.
Ketrampilan diri bukan sahaja merujuk kepada cara berpakaian, rupa paras atau keadaan fizikal, malahan mengandungi kualiti dan ciri-ciri individu yang menggambarkan kompetensi dan karakternya.
Ketrampilan diri juga merupakan tanda aras ketika berurusan dengan lain seperti rakan sekerja, penyelia, pengurus, kakitangan mahupun pelanggan.
Reputasi dan karisma diri akan meningkat dan berkembang apabila mempunyai personality yang professional dari segi penampilan, etika dan komunikasi.
Justeru, sebagai penyedia latihan bagi modul Ketrampilan Diri, Pengurusan Khidmat Pelanggan, Etika Sosial dan lain-lain kursus berkaitan semenjak tahun 2004, Ageless Haven Resources ingin menawarkan kepakaran kami dalam usaha membantu meningkatkan lagi imej usahawan-usahawan Bumiputera.
Kursus ini akan dijalankan secara teori dan amali, di mana para peserta akan melakukan latihan individu bagi setiap module yang diadakan
Comments
Post a Comment