CUSTOMER SERVICE FOR THE FRONTLINERS - MITC HOTEL
Kursus Customer Service For The Front liners telah berlansung di Gadek Room 3, MITC Hotel pada 15 Oktober 2020 dan dihadiri oleh seramai 30 orang peserta terdiri daripada kakitangan MITC Hotel yang bertugas sebagai Front Desk Officer, Account Manager, HR Manager, Customer Service Assistant dan mereka yang terlibat di bahagian Kitchen.
Kursus ini merupakan refreshment course dari kursus yang telah dijalankan sebelum ini, bertujuan memastikan semua kakitangan mempraktiskan apa yang telah dipelajari dalam kelas sebelum ini.
Kursus ini, merangkumi:
- Postur badan (duduk, berdiri dan berjalan)
- Etika sebagai pegawai khidmat pelanggan
- Penjagaan kulit
- Basic make up ke tempat kerja
Kursus ini bertujuan untuk memastikan kakitangan di MITC Hotel dapat memberikan layanan 5 bintang kepada para pelanggan yang datang ke MITC Hotel kerana pihak pengurusan sedar bahawa kegagalan memberikan layanan bertaraf 5 bintang kepada pelanggan boleh menyebabkan pelanggan tidak akan datang kembali ke hotel.
Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi
Pn Natty - 0192124799 atau Hidayah 0176582667
Comments
Post a Comment