KURSUS PEMBANGUNAN IMEJ PEGAWAI MAJLIS PERBANDARAN JASIN, MELAKA
PADA 22.12.2020, telah berlansung KURSUS PEMBANGUNAN IMEJ PEGAWAI MAJLIS PERBANDARAN JASIN, MELAKA, bertempat di Bilik Mesyuarat Majlis Perbandaran Jasin. Majlis yang disempurnakan oleh YDP MPJ, Datin Sapiah binti Haron ini telah dihadiri oleh 22 orang pegawai Gred 41 dan ke atas.
Kursus selama 8 jam ini, terbahagi kepada 2 segmen iaitu teori dan praktikal. Praktikal penjagaan kulit kemudiannya dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu pegawai lelaki seramai 10 orang dan pegawai wanita seramai 12 orang.
Antara kandungan modul yang dipelajari adalah:
- Pengenalan kepda imej peribadi, korporat dan professional
- Body postur
- Color harmony
- Teknik pemilihan pakaian
- Do & dont's
- Social situation
- Praktikal penjagaan kulit
- Teknik tatarias ke pejabat (wanita)
Semua peserta yang menghadiri kursus ini turut dibekalkan dengan produk yang boleh digunakan sebaik kursus ini tamat. Ini bertujuan memastikan semua peserta mempraktikkan apa yang telah dipelajari.
Secara dasarnya, kursus ini diadakan memandangkan semua pegawai yang terlibat membawa nama dan imej Majlis Perbandaran Jasin. Justeru, di harap setelah menghadiri kursus, semua pegawai dapat menonjolkan imej korporat dan profesional jabatan yang diwakili.
Terima kasih diucapkan kepada YDP MPJ Datin Sapiah binti Haron dan semua pegawai yang terlibat.
Untuk maklumat dan pertanyaan lanjut, sila hubungi, Pn Natty 0192124799 atau Hidayah 0176582667.
Comments
Post a Comment